UNTUKMU, WAHAI GOLONGAN YANG INGIN MEMELIHARA SOLAT

1)Nabi saw bersabda:

“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat..”

Lihatlah, sedar tak sedar, bila kita tinggalkan solat, kita seolah-olah sudah menjadi KAFIR.

2)Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho’nya, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama 1 huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia

Ini baru satu waktu solat! Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya 1 waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama (360x1000x80) 28,800,000 hari di dalam neraka!! Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan sengaja, sampai dah tak ingat berapa banyak kali!

3)Nabi saw bersabda:

“Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…”

Solat adalah perkara pertama yang akan di Tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas, MUSTAHIL amalan lain akan lepas. Kerana bila kita tinggalkan solat, semua amalan baik kita Allah tak akan terima!!!

Tahu tak kita??

“Sebelum Nabi saw wafat, yang mana, Nabi saw langsung tak larat untuk bangun, tetapi baginda saw tetap mahu pergi masjid untuk solat berjemaah, dan menyuruh sahabat MENGUSUNGNYA. Sahabat papah Nabi saw, sehingga kaki Nabi saw terheret kat tanah lantaran badan baginda yang terlalu lemah. Itulah solat terakhir Nabi saw. Kemudian, baginda wafat…”

Nabi saw nak ajar ummatnya, Nabi saw nak ajar kita, susah mana pun, jangan sesekali tinggal solat.

Tahukah kita?

"Umar Alkhattab, ketika di tikam oleh Abu Lu’lu’, kemudian pengsan. Perkara pertama yang bermain di fikirannya setelah beliau sedar ialah SOLAT. Beliau meminta sahabat mengambilkan wudhuk untuknya, supaya beliau dapat solat. Dan akhirnya meninggal..."

Tetapi kita pada hari ini bagaimana? Langsung tak hargai Allah dan Rasul, terlalu mengikut nafsu, lantas berangan-angan untuk mendapat syurga? Menangislah pada Allah. Taubatlah padaNya. Cukuplah masa silam kita yang gelap. Mulakan hidup baru.

Walaupun kita sebelum ini tak pernah tinggal SOLAT tapi adakah kita begitu pasti kesempurnaannya, yang wajibnya, sunatnya, makhruhnya dan perkara yg membatalkan solat? Ini lah peluang untuk kita bertalaqqi bab SOLAT dengan guru yang bersanad. Dan waktu sama kita mula mengqadho solat kita.

Mifatahul Jannah

contact us

Mifatahul Jannah

contact us

Mifatahul Jannah

contact us